Thursday 21 June 2012

STALK


setelah lama aku menjengah FB yang sekian lama aku tinggalkan,
aq berjaya 'mengumpul maklumat terkini' sahabat2 aku yang berada di malaysia jauh nun di sana.
atau bahasa lebih mudah fahamnya adalah "stalking"
hehe
sesetengah mengatakan "tak elok stalk org ni"
tapi bagi aku ada kelebihan dan keburukan apabila kita melakukan perkara begini.

KELEBIHAN
☺ dapat mengetahui perkembangan mereka( kot2 lah ada yang dah bertunang, berkahwin, dan dah bercerai?) 
☺ melihat senyuman mereka(kalau yang upload kat FB la)
☺ menjejak lokasi mereka terkini ( mungkin ada yang fly ke us o ireland o rumah even)
☺ supaya tak rasa rindu yang menebal sangat kepada mereka

KEBURUKAN
☻ BUANG MASA la wey! (benda tu tak perlu pon kot! ape bende nak sibuk hal org? hal ko sendiri dajh settle?)

boleh kata kebaikan lebih banyak dari keburukan. tapi harus kita sedar "masa itu emas"
PUT FIRST THING FIRST

aku harap benda yang aku tulis sendiri ni dapat memberi kesedaran kepada aku sendiri dan mungkin sesiapa yang membaca ini..

tapi bukanku ingin simpulkan setakat ini sahaja. 
aku sedar bahawa apabila aku menjejak kawan2 aku, aku sedar yang kami semua dah mula dewasa dan dah mula mencapai arah tuju masing2. kami semua yang dulunya suka main, suka bergurau senda, suka ponteng(hehe) sekarang dah berubah. semua tak mungkin seperti dulu.
patutlah ada yang menyebut "zaman sekolah adalah zaman yang paling indah"
kini aku mula mengerti makna dan erti kata2 itu.
*sebak*

rindu akan masa lalu. tapi itu yang banyak mengajarku. aku sedar yang kami sudah dewasa dan perlu dewasa. mungkin mereka sudah ada dunia mereka, tapi bukan aku. aku seperti masih belum menjumpai arah tujuku. lucu bukan? hurmm*keluh*

ya ALLAH bantulah aku. bimbinglah aku menuju redhoMU.

No comments:

Post a Comment