Thursday 17 October 2013

I'm being Poisoned!


Aq x taw nak mula mcm mna..
serius! dah lama aq x menulis tentang aq.. dan ada saja masa2 yang aq nak buat sedemikian, tapi aq lebih bnyk alirkan dari kolam mata aq daripada gerakan jemari melalui tulisan mahupun ketikan keyboard..

aq x punya kawan yang ramai, yang mampu aq ceritakan semua, mahupun seorang, sukar bagiku punya satu..
mungkin aq begitu.. aq berat nak curhat kat org, even ibu babah pun. cuma benda yg aq nak cerita je. aq cuba tahan utk x ceritakan supaya aq boleh lupa benda pahit yang aq lalui. namun x semudah itu, itu pasti!

aq cuba telan sendirian, aq tangisi perkara yang sering aq khilaf dan ulangi berkali-kali, perkara yang aq benci bila ianya tak menjadi, perkara yang aq harapkan namun tak kesampaian, perkara yang aq benci tetapi sering menghatui, perkara yang aq cuba terapkan namun sukar diamalkan...

Jika dunia ini digunakan hanya untuk ditangis, maka sukarlah! 

Tapi! kali ini sungguh aq dalam kesesakan! sesak hingga sukar bagiku untuk membayangkan hari esok, untuk menghiasi senyuman dibibir dan bergelak ketawa jika keputusan ini yang aq ambil. Aq cuba pujuk hatiku! pujuk dan pujuk, aq lentur seketika, tetapi perkara yang tak tersangka berlaku dan aq mula kabur dan mencari-cari lagi.. aq pujuk semula hati yang semakin tahan pujukkan lemah dan tiada kepastian ini.

Otakku ligat memikirkan, hatiku sudah bertapak lama disini, mulai sedar ianya berada disini, misr! namun kata2 manusia sering membolak-balikkan hatiku. bila ku tatapi bait2 kata, aq refleksi diri, sejenak memohon keampunan, dan aq jugak kadang terlupa dan kembali pada asalnya. Aq keliru!!!!!!!!!

Aq sedih kerna keadaan mula berubah kerana pemboleh ubah manipulasinya secara total bebeza dengan apa yang diharapakan oleh semua. mereka putus untuk kekal disini! Mereka! aq?? Bagaimana aq? aq cuba untuk akur kata2 ibu yang sering memujukku dan mengumpulkan maklumat padu kerana ibu mahu yang terbaik buat ku..

Tapi ibu, perkara ini totally buat kakak sedih ibu.. kakak sedih bila ibu kata ibu prefer kakak p sana.. sbb ibu risau kakak punya masa depan.. kakak taw ibu.. tapi hati kakak dah terpahat disini.. mungkin ada pahit detir yang kakak telan dan berkali2 lalui, namun ianya hilang.. kerana hati kakak dah terletak kat sini.. hati.. hati yang mudah jatuh, tergoleh, tertinggal, dan terbang.. 

hati yang mudah tergugah ni pernah ingin kembali ke negeri hujan batu itu, dek memikirkan kebahagiaan berada bersama keluarga mampu beri aq lebih kekuatan untuk harungi jalan juang ini. 
kadang kala pernah juga aq memikirkan untuk terus disini, kerana pernah ku punya azam untuk berjuang dan jihad walau aq sedar hina dan lemahnya diri dan jahatnya nafsu diri yang mengusai ini, dan betapa tidak layak untuk bercita-cita sebegitu. dan lantang berkata sedemikian.

Panas tidak ke petang, sudah ku pesan pada diri perkara yang x dijangka mungkin berlaku dan aq mula keliru kerana aq juga sangka bahawa ibu akan menolak dan membiarkan aq terus disini..

Sungguh kerisauan seroang ibu itu mengatasi segala.. aq cuba untuk akur,, tapi hati ini!!! hati ini! hati ini! menjerit meronta mengatakan tidak walau pada awalnya aq sudah mula redha..

Kini aq beristikharah, namun doa ku ciput, munajat tu zarah besar, amalanku kecil sawi, iman ku naik turun. aq hilang arah tuju.. aq keliru.. aq cuba kumpul maklumat yang mampu membuat otak ku meyakinkan hatiku.. debar terasa kerana ku harapkan maklumat yg akan dikumpul membelahi hati yang ingin terus disini dek kasih dan sayang yang telah lama tercipta disini. biar pahit, payau, masam, kelat, tetap manis pabila diimbau kembali kerana ia mematangkan ku dan mengajarku.. 

PEDIH

No comments:

Post a Comment